リー・シェンロンのインスタグラム(leehsienloong) - 5月23日 21時52分


Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Esok, 1 Syawal, menandakan cukup sebulan rakan-rakan Muslim kita berpuasa. Seperti Ramadan yang berbeza kali ini, penyesuaian juga perlu dibuat bagi sambutan Hari Raya.

Biasanya, di pagi Hari Raya umat Islam akan ke masjid dan kemudian mereka kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara. Namun, tahun ini, mereka akan mendengar laungan takbir Raya dah khutbah oleh Mufti Negara, menerusi radio dan media sosial dari rumah masing-masing. Jalan Raya dibuat di alam maya. Walaupun tidak bersama secara fisikal, keluarga Muslim memanfaatkan teknologi secara kreatif untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan ahli keluarga dan teman-teman di Hari Raya ini.

Selain rancangan tahunan Suria, Sinar Lebaran yang disiarkan malam ini, Saluran 5 juga menyiarkan rancangan khas untuk mengajak rakyat Singapura yang lain sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya bersama masyarakat Islam kita.

Pandemik COVID-19 ini akan berlalu. Namun apa yang akan berkekalan adalah semangat Hari Raya dan harapan kita bersama untuk masa depan yang lebih cerah. Kepada semua umat Islam, semoga anda bergembira di hari mulia ini. – LHL


[BIHAKUEN]UVシールド(UVShield)

>> 飲む日焼け止め!「UVシールド」を購入する

8,190

160

2020/5/23

リー・シェンロンを見た方におすすめの有名人